Benarkah kata Kadir Jasin melalui blognya dan juga Zulkiflee Bakar dalam utusan yang UMNO Kedah masih lena bermimpikan kejayaan-kejayaan pemerintahan lalu?
Kalau kita turun ke akar umbi dan bertanyakan pendapat mereka tentang perkara ini, nampaknya benarlah kata-kata kedua-dua penulis di atas. Pemimpin-pemimpin UMNO masih nyenyak tidur. Segelintir YB-YB BN sudah tidak seperti dulu. Berkerja keras tapi bukan bekerja untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri. Mungkin inilah peluang terakhir untuk mencari kekayaan kerana peluang tersebut mungkin tiada pada PRU akan datang!
Berbalik kepada isu di atas, difahamkan taktik puak-puak masih menebal dikalangan pemimpin UMNO Kedah. Ada yang perasan yang dia masih orang besar UMNO. Maka apa saja program atau aktiviti pentadbiran sekarang tidak perlu dia bersama atau membantu.
Wujudnya warlord-warlord ini yang bakal mengundang punah kepada UMNO kedah sendiri.
Bagaimana nak tawan kembali dari pembangkang jika sikap ego dan bongkak masih berleluasa.
Banyak program-program yang dilaksanakan oleh negeri tidak dihadiri oleh warlord2 ini sebaliknya hanya menghantar wakil atau tidak menunjukkan muka langsung.
Itu belum lagi servis yang diberikan kepada rakyat yang hanya ala kadar saja.
Pihak atasan perlulah ambil perhatian dengan kadar segera. Jika tidak Kedah amat susah untuk dikembalikan kepada UMNO.
Buang ke tepi saja warlord2 yang tak dengar cakap. Lantik yang baru, yang mahu buat kerja kerapa Alif Baa Taa.