Beberapa hari lepas heboh pasal pub dan karaoke tubuh di Alor setar, kita terbaru satu lagi pusat karaoke dibuka di Jalan teluk Wanjah Alor Setar. Ianya terletak ditingkat atas kedah BATA Teluk Wanjah.
Tak susah untuk mencari pusat karaoke terbaru ini. Dari Pekan kita terpaksa ambil pukul 3 utk melintasi rel keretapi. Bangunan tersebut letaknya selepas Pejabat Risda dan sebelum Pejabat Zakat.
Maka semakin sejahtera lah Kedah dibawah pemerintahan Kerajaan PR yang diketuai PAS.
Juga tidak heranlah kita jika apabila ditanya dalan DUN kenapa kerajaan sekarang tidak hapuskan kedai judi, arak dan hiburan, dengan selambanya wakil kerajaan negeri menjawab " Ini bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan PR".
Yang kita tahu PAS adalah majoriti, PKR hanya ada 4 kerusi dan DAP 1. Nampaknya kerajaan PAS dibawah pimpinan Dato Seri Azizan dalam senyap-senyap mengikut jejak atau stail pemerintahan PR di Selangor dan Penang.
Sejahteralah Kedah. Yang banyak timbul hanya gambar Azizan yg disertakan dgn terjemahan ayat Quran. Pembangunan rohani dan jasmani tiada sebaliknya pembangunan nafsu yang diwujudkan.