.

 

YB PAS tidak mampu selesai isu tekanan Air!

Sunday, January 10, 2010



Tasik Pedu, Tasik Muda dan Empangan Ahning telah sedia ada dibina pada zaman pemerintahan UMNO/BN. Dan terkini ialah empangan Beris yang amat luas dan diwujudkan semasa pemerintahan BN.
Apabila PAS/PR ambil alih pemerintahan, semua infrastruktur asas ini telah sedia ada. Cuma PAS/PR hanya perlu uruskan dengan baik disamping memperbaiki apa yang ada utk penambahbaikan. Nampaknya cakap amat senang tetapi melaksanakannya amat susah. Menabur janji amat senang tetapi menunaikannya amat susah.
Kg Seri Aman, Kg Kenangan dan Kg Sg Senang semuanya terletak dalam daerah yang menakung air iaitu Sik. Tetapi kenapa sehingga hari ini kisah & keluhan mereka yang tekanan air atau air paip masih timbul? Bukankan sudah hamper 2 tahun PAS/PR memerintah! Sepatutnya jika mengikut janji-janji mereka, semuanya sudah diselesaikan!

Kg Seri Aman dan Kg Kenangan, Jeneri yang letaknya bersebelahan dengan jalan besar masih menghadapi tekanan air rendah. Dimana janji-janji YB PAS untuk menyelesaikan masalah mereka itu? Kenapa sehingga kini tiada dengar satupun perancangan atau plan dari YB PAS disini untuk memperbaiki situasi? Atau hanya setakat meneruskan apa yang telah disediakan oleh kerajaan BN dahulu.
Sindrom terkini yang kita sering dengar ialah Perancangan Kerajaan BN dahulu yang tidak baik. Inilah jalan termudah pihak pemerintah member jawapan kepada persoalan orang ramai. Kerajaan terdahulu sepatutnya telah menyediakan semua itu.
Kalau inilah jawapan mereka, senanglah sangat menjadi pemerintah. Apa-apa masalah, semuanya dituding kepada mereka terdahulu. Rakyat memilih mereka kerana percaya yang mereka (kerajaan PAS/PR) boleh menyelesaikan masalah-masalah harian mereka.
Ini baru isu tekanan air. Kita belum sentuh lagi isu tariff, kualiti air, dan putus bekalan (terkini tuntutan tenant KHTP kerana bekalan air terputus).
Isu tekanan air ini boleh dikatakan amat senang diselesaikan kerana semua infrastruktur telah ada Cuma ianya perlu penambahbaikan. Tetapi disebabkan YB yg mewakili kawasan ini tidak tahu apa nak buat, maka sehingga kini tiada penyelesaian dilakukan. Jika diajukan kepada MB pun, maka kita akan dengar samada jawapan “saya tidak tahu kes ini” atau “ itu silap perancangan kerajaan terdahulu”.

Jika inilah sikap kerajaan sekarang maka slogan “Kedah sejahtera” patut di tukar kepada selogan lain.

 
 
 

Nasional

Rencana

Agama

 
Copyright © Kedah Times