.

 

KHTP dengan masalah Airnya

Friday, February 12, 2010

Masih ingat semua dengan kisah air tempohari? Mungkin masalah tersebut sudah reda sedikit tetapi hakikatnya rakyat di kampung yang disebut tersebut masih belum menerima bekalan air bersih sepenuhnya. Kg Seri Aman dan Kg Kenangan masih menerima air hantaran lori. Begitulah susahnya mereka.
Rupa-rupanya janji pilihanraya dulu masih belum dapat ditunaikan. Kedah Sejahtera katakan, pemimpin bersenang lenang, rakyat dikatakan dalam kesejahteraan.

Kali ini kita akan siarkan serba sedikit masalah air yang masih belum selesai sepenuhnya. Ianya berlaku di Kulim Hitech Park, sebuah taman berteknologi tinggi yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asean.

Ini bukanlah kali pertama isu air ini berlaku di KHTP, ianya sudah kali kedua.

15 tahun dulu semasa pemerintahan BN, isu air ini tidak pernah berlaku. Mungkin operasi dan penjagaan yang bail dan berjadual. Mungkin juga kerana CEO yang bagus yang sentiasa memikir dan pro aktif dalam memajukan KHTP.

Kini CEO yang dahulu telah tiada kerana ditendang tanpa sebab-sebab kukuh dan diganti dengan seorang Presiden yang katanya berpengalaman terutama dalam berurusan dengan syarikat Multinasional.

Sejak pengurusan baru ambil alih KHTP dan juga JBA, sudah 2 kali kes air berlaku di KHTP yang mana telah menyebabkan operasi syarikat berkaitan wafer telah terpaksa menutu operasi dan kerugian berjuta ringgit.

Kali pertama ialah apabila tangki penyimpanan air untuk dibekalkan kepada semua tenant KHTP telah kering. Macamana boleh terjadi? Jawapan yang diberi ialah pump yang digunakan telah lama dan rosak. Ianya perlu diganti. Dan kerja-kerja maintenance tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana spare part dsbnya susah didapati. Maka disyorkan beli pump baru.

Tetapi kenapa tidak beli awal apabila dah tahu peralatan tersebut sudah agak uzur. Mungkin jurutera air tempatan sudah tiada kuasa untuk membuat pembelian lagi. Ianya mungkin sudah di kawal oleh orang-orang tertentu dalam sebarang pembelian peralatan baru.

Adalah amat tidak logik untuk memberi jawapan yang peralatan sudah uzur dan perlu diganti kepada tenant yang Hitech kerana Taman ini adalah taman hitech tapi peralatan masih tidak hitech.

Kes kedua yang terjadi baru-baru ini membawa sehingga Dato Mustapha Mohamed terpaksa datang sendiri melawat dan mendapat cerita sebenar apa yang berlaku demi menjadi imej Malaysia dan KHTP. Dimana MB kedah serta exco yang menjaga portfolio berkaitan?  Apa yang sering disebut oleh Presiden KTPC yang MB sangat "CONCERN" tetapi kenapa dia sendiri tak turun melawat dan bertanya kabar. Kenapa Tok Pa yang kena turun.

Heboh bijak pandai KTPC yang dilantik kerajaan negeri mengatakan yang apa guna berslogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" kalau kes ini tidak disegerkan bantuan. Nampaknya mereka masih keliru dan kabur yang KHTP sekarang di bawah kerajaan negeri KEdah, bukannya dibawah Persekutuan. Inilah yang dikatakan bijak pandai lantikan kerajaan negeri sekarang.

Setelah disiasat, rupanya kandungan air telah dicemari dengan lebihan karbon. Asal-usul karbon yang banyak ini tidak berapa diketahui; mungkin juga dari buangan kilang kelapa sawit. Dan disebabkan kerja-kerja tebatan sungai di sebelah Penang, maka air sungai tidak bergerak dengan laju dan menakung dan apabila disedut untuk tapisan dan pembersihan, maka karbon yang berlebihan tersebut tidak ditapis sepenuhnya.

Maka 'Wafer related factories' yang amat bergantung kepada air tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Hasilnya mereka terpaksa menutup operasi. Kilang tersebut ialah Infineon, Silterra dan Fuji.

Difahamkan kerugian amatlah tinggi mencecah jutaan ringgit dan kemungkinan mereka akan menyaman kerajaan negeri.

Tapi yang amat tidak baiknya ialah imej Malaysia kepada pelabur luarnegara agak tercemar dengan kejadian ini.

Persoalannya ialah kenapa ianya boleh terjadi? Apakah Presiden KTPC baru ini tidak tahu selok belok menguruskan sebuah syarikat pengurusan yang menguruskan sebuah taman berteknologi tinggi? Atau terlalu banyak birokrasi dalam kerja-kerja maintenance dan pembelian alat-alat? Atau memang ketua-ketua yang dilantik untuk menguruskan Taman ini adalah mereka-mereka yang hanya pandai bercakap menyalahkan orang lain tapi tidak tahu membuat kerja?

Kita serahkan kepada rakyat dan pelabur untuk menentukannya.

 
 
 

Nasional

Rencana

Agama

 
Copyright © Kedah Times