Mahkamah Tinggi mengistiharkan yang DUN Kota Siputeh, Parlimen Jerlun perlu dikosongkan kerana Datuk Abu Hassan tidak hadir persidangan DUN dua kali berturut-turut. Sehingga kini pihak SPR dan UMNO dikatakan akan membuat rayuan penangguhan hukuman supaya dapat dibuat Rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pembukaan Persidangan DUN Kedah hari ini, gambar dan nama ADUN Kota Siputeh telah dibuang dari kerusi yang didudukinya.
Siapakah yang layak untuk menjadi calon yang sesuai untuk DUN ini? Setakat ini kita masih tidak nampak. Saudara Nobisha ada menyarankan calon yang paling layak. Begitu juga dengan AloqSetaq yang sudah terang-terang mencadangkan Datuk Mukhriz sebagai calon yang palin layak.
Kami di Kedah Times juga merasakan beliaulah yang paling layak.
Kenapa?
1. Setakat ini peribadi dan servis beliau di Parlimen Jerlun amat baik dan diterima akar umbi.
2. Dalam kegawatan politik pun belaiu masih menang dalam PRU12 lalu dengan majoriti yang amat baik.
3. Ketokohan beliau boleh membawa Kedah ke satu era yang lebih cemerlang.
4. PAS akan menghadapi cabaran getir bertemu Datuk Mukhriz
Maka denagn ini kami berseru agar pucuk pimpinan memilih Datuk Mukhriz sebagai calon DUN N3 Kota Siputeh