.

 

KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : 6hb-12-2009 Satu Lagi PUB baru di Alor Setar!

Tuesday, December 8, 2009


Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, 

AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang betajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagri PUB baru di Alor Setar ...
PASTINYA, AloQStaQBlog akan menerima lagi pelbagai caci-maki dan ugutan oleh pihak-pihak berkenaan yang TIDAK SUKA Blog ini memburukkan Kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. TETAPI, Demi untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair, aku terpaksa menghadapinya.

Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan"  & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!

GAMBAR : Salah satu dari puluhan banner promosi Pub baru yang akan dibuka di Alor Star yang digantung di tiang-tiang lampu jalan seluruh Bandaraya. Gambar ini di rakam di kawasan Simpang Kuala. Juga terdapat di tiang lampu dipersekitaran (bahagian luar) Masjid Zaher - berdekatan traffik light Jalan Putra, dan dilain-lain tempat lagi.

Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...
HEBAT ! HEBAT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH! ... Tahniah! ....


AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)


Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.


Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....


Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!


Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?


Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...

GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...


NOTA :

MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...


Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........


Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....

Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!


Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?





AloQStaQ

06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi

 
 
 

Nasional

Rencana

Agama

 
Copyright © Kedah Times