.

 

UMNO KEDAH MEMERLUKAN KEMENANGAN DAN IKON

Friday, December 4, 2009




UMNO Kedah amat ketandusan pemimpin berkarisma. UMNO Kedah memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan semua bahagian dan pemimpin-pemimpin bahagian.

UMNO Kedah amat memerlukan kemenangan jika ditakdirkan PRK diadakan untuk DUN 3 Kota Siputeh. Dato Abu Hassan sudah tercalar imejnya sebagai seorang YB yang dilantik oleh rakyat kerana isu-isu yang sepatutnya beliau fahami dan elakkan dari berlaku. Jika ada wakil dari Wanita Jerlun, mungkin Dato' Maznah boleh dicalonkan. Tetapi, beliau amat terhad dari segi fizikal dan juga masa. Bagaimana hendak menghadapi cabaran atau menjalankan tugas-tugas Yang Berhormat yang amat mencabar sekarang. Lagipun UMNO Kedah memerlukan seseorang yang boleh mengembalikan semangat kemenangan dan beliau perlulah bersih, berkarisma dan mempunyai ketokohan yang diterima rakyat (UMNO dan PAS). Kemenangan yang diperlukan bukat setakat Kota SIputeh, tetapi kemenangan untuk PRU yang akan datang juga. Impak atau semangat kemenangan DUN Kota Siputeh untuk PRU akan datang amat diperlukan.

Banyak diperkatakan oleh rakyat jelata, tidak kira dari UMNO ataupun PAS yang Datuk Mukhriz adalah yang paling layak. Beliau mempunyai karisma dan ketokohan yang diperlukan untuk memimpin Kedah ke satu era baru. Era dimana Kedah boleh bergrak maju setaraf dengan negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan  Pulau Pinang.

Pertemuan saya dengan beberapa penyokong PAS yang mereka amat menyuakai ketokohan beliau dan Kedah amat memerlukan seseorang seperti ini. Begitu juga penyokong-penyokong veteran UMNO yang rata-rata mengenali Tun Dr Mahathir, dan mereka lebih condong untuk memilih anak kepada mantan Perdana Menteri ini. Disamping imej Datuk Mukhriz yang bersih dan senang didekati.

Jika difikirkan secara mendalam. UMNO Kedah sangat-sangat memerlukan satu tokoh dan ikon untuk membantu merampas kembali Kedah dari PR. Tokoh ini boleh memberi kemenangan di Kota Siputeh sebagai permulaan. Dan seterusnya semangat kemenangan ini dapat diteruskan kepada PRU akan datang. 

Ketokohan dan karisma ini amat diperlukan untuk menyatupadukan pemimpin-pemimpin yang merasakan mereka adalah warlord-warlord yang hebat di Kedah.

Bagi Datuk Mukhriz, ini adalah satu 'training ground' yang amat baik untuk kemuncak karier beliau dalam politik. InsyaAllah, jika diizinkan UMNO/BN dapat merampas kembali Kedah pada PRU akan datang, adalah tidak menjadi kesalahan jika beliau dilantik menjadi pemimpin nombor satu Kedah yang mana bakal menjadikan satu lagi 'training ground' kepada kemuncak karier polikti yang lebih tinggi.

Kemenangan  di Kedah atau satu hadiah besar UMNO/BN Kedah kepada UMNO/BN Pusat. Jadi tidak timbul isu 'national interest over state interest'. Sumbangan kemenangan semula UMNO/BN Kedah merampas kembali Kedah dari PR adalah satu sumbangan besar kepada 'national interest'.

Semoga Datuk Mukhriz dipilih sebagai calon PRK DUN 3 Kota SIputeh jika ditakdirkan ianya diadakan semula pada bila-bila masa.

 
 
 

Nasional

Rencana

Agama

 
Copyright © Kedah Times